Saturday 28 July 2012

MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUHKAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

 Apa itu MBMMBI
Seperti yang kita tahu, MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris adalah fokus utama bagi pendidikan bermula tahun 2012 ini. Pada tahun 2012 ini, MBMMBI akan dilaksanakan dengan lebih agresif di sekolah dan perkara utama yang menjadi teras kejayaan MBMMBI ialah Peranan Guru dalam Melaksanakan Dasar MBMMBI.
Definisi MBMMBI atau Memartabatkan Bahasa Melayu & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris
Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.
Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.
Memartabat Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris - MBMMBI Pemansuhan PPSMI Sekolah Rendah 2016, Sekolah Menengah 2021

2 comments:

  1. setuju dengan cadangan ini yang memartabatkan bahasa melayu dan memperkukuhkan bahasa inggeris . Ini kerana walaupun bahasa inggeris amatlah diperlukan dan digunakan pada masa kini,namun kita tidak seharusnya mengetepikan bahasa melayu yang menjadi warisan turun temurun dari zaman nenek moyang kita. Ia juga melambangkan kita sebagai bangsa melayu dan jika kita sendiri yang tidak mengamalkan dan mengekalkan warisan tersebut , siapa lagi ? Pihak yang berwajib seharusnya mencari alternatif lain untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa inggeris di kalangan murid tanpa mengetepikan pembelajaran Bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  2. Betul tu asma ansariah, bahasa jiwa bangsa yang melambangkan jati diri kita, nampaknya langkah kerajaan bertepatan demi memartabatkan BM yang sentiasa relevan tambahan pula ia merupakan bahasa yang meluas penggunaanya seantero nusantara, terima kasih atas komen mebina anda, harap terus mengikuti kami :)

    ReplyDelete