Sumber: Akhbar Sinar Harian
Tarikh: 22 Ogos 2012
KUALA LUMPUR - Kerajaan diminta menjadikan sastera Melayu sebagai subjek teras di peringkat menengah dalam usaha menangkis tanggapan bahawa mata pelajaran itu tidak penting.
Pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI) Prof Madya Dr Abdul Halim Ali berkata mata pelajaran sastera
Melayu yang kini kurang mendapat sambutan di kalangan pelajar, perlu diberi
perhatian serius dalam memastikan ia tidak dianggap sebagai mata pelajaran
kelas kedua.
"Semasa saya lakukan penilaian di beberapa sekolah, jumlah pelajar
yang mengambil subjek sastera tidak mencapai separuh dan ini satu perkembangan
yang amat tidak baik untuk sistem pendidikan negara.
"Lebih menyedihkan apabila sastera juga tidak diberi tempat khas
untuk dipelajari sedangkan ia melambangkan peradaban bangsa Melayu dan tanah
air kita," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
Mengenai sikap pelajar kini yang dilihat tidak menunjukkan minat mempelajari mata pelajaran itu, beliau berkata ia ekoran tanggapan tiada nilai ekonomi dalam sastera.
Mengenai sikap pelajar kini yang dilihat tidak menunjukkan minat mempelajari mata pelajaran itu, beliau berkata ia ekoran tanggapan tiada nilai ekonomi dalam sastera.
"Sastera disifatkan mata pelajaran hanya untuk pelajar yang lemah
selain mereka (pelajar) beranggapan tiada nilai ekonomi dan kerjaya dalam
subjek itu," katanya.
Beliau berkata sebanyak 59 sekolah berasrama penuh di seluruh negara
tidak mempromosikan sastera kepada pelajarnya, sebaliknya terlalu memfokuskan
kepada penguasaan sains dan teknologi semata-mata.
"Memang sains dan teknologi itu penting tetapi penguasaan itu tidak
lengkap jika konteks peradaban ditinggalkan dengan entiti pelajar itu kosong
dan tiada nilai dalam usaha memartabatkan peradaban negara," katanya.
Beliau berkata hanya sekolah integrasi dilihat cuba mengimbangkan
peradaban dan sains kemanusian yang sepatutnya dicontohi dan menjadi pelan
tetap untuk Dialog Nasional Pendidikan Negara.- Bernama
Pada pendapat kami, subjek sastera melayu sepatutnya telah lama menjadi subjek teras bahkan subjek pilihan kelas pertama bukan kelas kedua di peringkat sekolah menengah. Hal ini kerana, sastera merupakan lambang keagungan sesebuah bangsa di dunia. Hari ini kita dapat melihat anak muda terutamanya bangsa melayu telah terhakis nilai jati diri mereka. Kesantunan bahasa telah tidak diamalkan. Sedangkan bangsa melayu telah terkenal kerana kesantunan budi bahasanya yang cukup halus sejak zaman keagungan kesultanan melayu melaka lagi. Justeru, marilah kita sama-sama menyokong sepenuhnya cadangan ini
ReplyDeleteElemen KOMSAS yang diperkenalkan dlm subjek Bahasa Melayu SPM 2002 diharap dapat dijadikan satu subjek tambahan wajib supaya elemen KOMSAS ini dapat dikuasai dan dijadikan subjek wajib lulus sebagai syarat untuk pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
ReplyDeletebetul tu adi aizad, sastera juga penting dalam perkembangan jati diri seseorang :)
ReplyDeletesastera adalah penting sebagai seni. Malah di sekolah sasatera dianggap sebagai seni bahasa untuk P&P. pendidik haruslah kreatif dalam mengajar kesusasteraan seperti pantun, syair, gurindam dan sebagainya. setiap seni bahasa yang terdapat dalam kesusasteraan mengajar para pelajar tentang betapa pentingnya Bahasa Melayu sebagai Mermatabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan selaras dengan kehendak Akta 152 dalam Pelembagaan Malaysia menekankan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
ReplyDeletekita sebagai bakal guru harus tahu dan sedar program MBMMBI yang dilaksanakan dalam tahun 2012 ini mengunakan KOMSAS sebagai medium Mermatabatkan Bahasa Melayu.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSebagai permulaan, telah pun digalakkan penggunaan bahan kesusasteraan dalam pengajaran bahasa melayu. Kesusasteraan Melayu dalam aspek pengajaran subjek Bahasa Melayu penting dalam pembinaan manusia yang seimbang, matang, prihatin, dan beretika tinggi. Bahkan, didapati di dalamnya terangkum dunia keilmuan kesusasteraan yang tidak ada akhirnya yang sekali gus memancarkan perkembangan tamadun sesuatu bangsa, termasuk budaya.Maka, sgt relevanlah apabila di peringkat sekolah menengah ianya dijadikan subjek teras setelah di peringkat rendah telah diberi pendedahan awal dengan kesusasteraan melayu.
ReplyDeleteSastera sebenarnya mempunyai nilai komersial yang tinggi, tinggal kita sahaja yang perlu menjadikannya popular,sebagai contoh penulis-penulis novel menerima berterusan secara pasif hasil daripada penulisannya antara yang popular Faisl Tehrani.
ReplyDelete